Best CBC in Sabah 2011

Anugerah Transformasi Komuniti U-Pustaka (ATKU)

Dec 12, 2012   //   News

Anugerah Transformasi Komuniti U-Pustaka (ATKU) atau U-Pustaka Community Transformation Award (UCTA) mengenengahkan dan memberi pengikhtirafan kepada kelompok masyarakat yang menggunakan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) dan Perpustakaan Komuniti Jalurlebar di seluruh Malaysia bagi memenfaatkan perkhidmatan maklumat u-pustaka untuk merubah dan meningkatkan kehidupan melalui inovasi, kreativiti dan mempelopori inisiatif baru.

Penyertaannya terbuka kepada PI1M dan Perpustakaan Jalur Lebar di seluruh negara sejak September 2012. Semua PI1M Celcom yang dikendalikan oleh NuSuara Technologies telah menghantar projek untuk dipertandingkan. PI1M Layang-Layang telah berganding bahu bersama PI1M Bukit Permai dalam program yang dinamakan sebagai Program Peningkatan Pemulihan dalam Komuniti Bersama PI1M.

Pada 12 Desember 2012, SKMM telah menganjurkan Broadband and Information Technology Summit (BITS) 2012 di One World Hotel Bandar Utama, Petaling Jaya di mana PI1M Felda Bukit Permai dan Felda Layang-Layang telah memenangi PI1M Trofi Anugerah Juri ATKU dibawah Program Peningkatan PDK.

Dalam program tersebut, mereka membantu para pelatih PDK yang beroperasi di pekan Layang-Layang dan Bandar Renggam untuk mendapatkan maklumat berkaitan penjagaan pesakit Cerebral Palsy dan Autisme. Pelatih diberi latihan penggunaan peralatan ICT dan perisian komputer. Mereka turut didaftarkan sebagai ahli u-Pustaka untuk membuat pinjaman buku secara online serta mendapatkan pelbagai maklumat bagi memudahkan urusan penjagaan OKU.

Mereka dibantu membuka akaun Facebook PDK Layang-Layang untuk menyertai komuniti maya berhubung dengan dunia luar, memasarkan hasil kerja tangan pelatih serta menjalankan aktiviti yang bersesuaian dengan keupayaan OKU jagaan mereka.

Para pelatih dan petugas PDK pada Program Sehari Bersama PI1M dan Komuniti


 

Senarai PI1M Celcom yang tersenarai dalam 20 Finalist UCTA 2012:

 

Projek

Organisasi

1 Stop Centre (Pusat Maklumat Rakyat, Mini Perpustakaan, Pusat Internet & Perkhidmatan PI1M Bkt Rokan, PI1M Bkt Jalor & PI1M Kepis (Negeri Sembilan)
Diam-diam Ubi Berisi PI1M Felda Chuping (Perlis)
Komuniti i-Commerce Kunak (KicK)

 

PI1M Pekan Kunak, PI1M Kg Kadazan, PI1M Kg Lormalong (Sabah)
Tranformasi Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak (TABIKA KEMAS Ayer Hitam) PI1M Kahang Barat & PI1M Ayer Hitam (Johor)

 

Transformasi Tarian Zapin PI1M Felda Bkt Tongkat (Johor)
Program Peningkatan PDK Bersama PI1M PI1M Bkt Permai & PI1M Felda Layang-Layang (Johor)


 


 

Dari kiri: Pengurus PI1M Bkt Tongkat, Cik Siti Hafiza, Wakil Komuniti Ayer Hitam Pn Nurul Niza, Wakil PDK Layang-Layang, Cik Khalisa, Pengurus PI1M Layang-Layang, En Khirominshah dan Pengurus PI1M Kahang Barat, Pn. Arnida di Broadband and Information Technology Summit (BITS) 2012 di One World Hotel Bandar Utama, PJ

Penyampaian Anugerah Juri ATKU 2012 kepada Pengurus PI1M Layang-Layang, En Khirominshah oleh Dato Mohamed Sharil Tarmizi, Pengerusi SKMM diiringi oleh Prof. Indahsah Hj Sidek, Jabatan u-Pustaka SKMM

Para penerima Anugerah Tranformasi Komuniti u-Pustaka 2012 yang berlangsung di One World Hotel PJ pada 12 Disember 2012

Penerima Anugerah ATKU dari PI1M Celcom bergambar bersama Tn Syed Isa dari SKMM Wilayah Selatan, Pn Ezatulhada dari Celcom Axiata dan En Kamrahuddin dari Nusuara Technologies Sdn Bhd.

Trofi Anugerah Juri ATKU yang dimenangi bersama PI1M Felda Bukit Permai, Felda Layang-Layang dibawah Program Peningkatan PDK Bersama PI1M