Best CBC in Sabah 2011

Lawatan Wakil dari PricewaterhouseCoopers ke PJK Felda Bukit Jalor

May 18, 2012   //   News

Bukit Jalor, Gemenceh
9 Mei 2012, Rabu

Satu lawatan telah dibuat oleh PricewaterhouseCoopers (PWC) bagi pihak Unit Perancang Ekonomi (EPU) ke Pusat Jalur Lebar (PJK) Felda Bukit Jalor. Lawatan tersebut bertujuan untuk mengumpul maklumat dan maklumbalas dari komuniti setempat serta menemuduga pengurus PJK bagi mengukur keberkesanan program ataupun Inisiatif Merapatkan Jurang Digital di kalangan penduduk luar bandar.

Dua orang wakil dari PWC iaitu Puan Norliza Mazni Nawi dan Puan Yap Poh telah disertai oleh Pengurus Operasi Nusuara, En. Kamrahuddin Kamarudin bagi lawatan tersebut.

Taklimat bermula dengan ucapan aluan dari En Kamrahuddin dan diikuti oleh taklimat ringkas mengenai perkembangan PJK Felda Bukit Jalor semenjak mula beroperasi pada April 2010 oleh Pengurus PJK, Sdri Norizzati Abdul Rashid.

Taklimat seterusnya diberikan oleh Sdr Syamsul, Pengurus PJK Kepis dan dibantu Wakil Serantau PJK Wilayah Tengah, Sdr Hasanatul, berkenaan sistem NMS (Network Monitoring System) yang diguna-pakai oleh semua PJK dibawah kelolaan Celcom.

Program lawatan diteruskan dengan sesi soal jawab seperti jadual di bawah. Tiga orang ahli PJK juga telah dijemput untuk sesi kaji selidik oleh wakil PWC sebagai acara terakhir lawatan.

SOALAN WAKIL EPU

JAWAPAN PJK FELDA BUKIT JALOR

Berapa jumlah penduduk Felda Bukit Jalor?  1800 orang penduduk
Mengenai pengguna komputer yang banyak, sebahagian besar dari kalangan siapa?  Majoriti terdiri daripada golongan kanak-kanak sekolah rendah dan menengah.
Berapa ramai usahawan di dalam Felda ini? Usahawan ramai dan masih banyak ruang untuk mengetengahkan perniagaan mereka secara dalam talian. Sebuah program terbaru Get Malaysian Business Online (GMBO) akan dilancarkan di masa terdekat. 
Berapa kawasan atau berapa poles di pasang di Felda Bukit Jalor untuk kemudahan wi-fi? Sebanyak 6 tiang wi-fi telah didirikan yang meliputi semua kawasan dan merupakan kawasan yang strategik mengikut bentuk muka bumi.
Apakah impak yang diperolehi dengan tertubuhnya PJK ini? 

 

 

 

 

 

 

Impaknya sangat besar walaupun tidak nampak dengan mata kasar. Sebelum ini warga Felda keluar ke pekan untuk menghantar e-mel samada e-mel pekerjaan atau sebagainya tetapi kini mereka hanya perlu datang PJK dan sekiranya mereka melanggan wi-fi, semua pekerjaan boleh dilakukan dari rumah sahaja. Ramai belia-belia menggunakan perkhidmatan PJK untuk memohon kerja secara online. Kanak-kanak sekolah rendah menggunakan PJK untuk mencari maklumat dan membuat kerja sekolah di PJK. PJK merupakan penghubung antara mereka dengan orang luar. Peningkatan dan kejayaan pelajar sekolah bertambah.
Apakah contoh-contoh aktiviti atau event yang PJK Felda Bukit Jalor adakan? Adakah hanya dilakukan semasa cuti sekolah? 

 

 

 

Kami di PJK Felda Bukit Jalor tidak hanya mengadakan aktiviti atau program semasa cuti sekolah sahaja. Antaranya adalahi Program cuti sekolah selama 3 hari yang melibatkan pelajar sekolah rendah dan dihadiri oleh YB Adun Gemencheh. Program KEM IT selama 2 hari bagi memperkenalkan penggunaan asas Microsoft Office, Program Kami Anak Merdeka dan yang terbaru kami mengadakan Bengkel Photoscape yang melibatkan pelajar sekolah rendah dan menengah pada hari biasa selepas waktu sekolah.
Apakah cabaran sepanjang berkhidmat di PJK Felda Bukit Jalor? Antara cabaran-cabaran yang diterima ialah dari segi interaksi dengan komuniti dan sensitiviti di kalangan penduduk Felda. PJK perlu mengambil langkah dengan melibatkan penduduk kampung dalam apa sahaja program yang dijalankan. 
Adakah kedudukan PJK Felda Bukit Jalor ini strategic untuk orang ramai? Ya, kedudukannya sangat strategik dan menjadi tumpuan komuniti untuk memudahkan mereka berinteraksi dengan orang luar selalin dari memperolehi pelbagai maklumat terkini kerana ianya bertempat besebelahan balai raya, sekolah, perpustakaan dan pusat riyadah. 
Bagaimanah cara atau aliran penghantaran laporan mengenai PJK setaip bulan?   Setiap data dan maklumat yang diperoleh dari SKMM adalah dari satu sumber yang sama. Iaitu dari PJK – NuSuara – Celcom – SKMM.

Ulasan

Secara umunya, setelah melawati beberapa inisiatif yang lain termasuk CBL, wakil PWC merasakan CBC telah berjaya memberi impak yang meyakinkan kearah mencapai tujuan merapatkan jurang digital.

Secara khususnya, wakil PWC menyatakan kekaguman mereka dengan susun atur dan hiasan dalaman PJK Felda Bukit Jalor yang agak berlainan citarasa berbanding PJK yang dikelolakan oleh USP yang lain. Mereka mendapati peralatan komputer serta perkakasan IT yang di sediakan adalah dari spesifikasi yang tinggi disamping pelbagai latihan dan program IT yang dianjurkan oleh PJK Bukit Jalor yang menarik.

Mereka juga berpuas hati terhadap taklimat dan prestasi PJK Felda Bukit Jalor dan berharap agar ramai lagi usahawan dapat mengembangkan perniagaan mereka melalui talian internet dan menggunakan kemudahan PJK dengan sebaiknya.

Sebelum beredar beberapa foto telah diambil dan mereka juga merakankan ucapan terima kasih di atas layanan mesra dan profesional dari pasukan PJK Felda Bukit Jalor.

En Kamrahuddin dari NuSuara memberi penerangan kepada Pn Yap dari PricewaterhouseCoopers

Demonstrasi mengenai Network Management System (NMS)

Pn Norliza dari PWC berinteraksi dengan ahli PJK

Pengurus PJK yang terlibat bersama wakil dari PricewaterhouseCoopers